konkrit kehidupan...

tahun 2010. dunia baru. pengalaman berkabus lebih dari kebiasaan. mata mula meliar melihat ibu negara Malaysia yang seakan-akan menyerupai hutan. pokok-pokoknya mencakar langit. daun-daun yang tidak pernah gugur berpetak-petak. jarang sekali ada cahaya kehijauan melilit keindahannya. disana sini binatang bersumberkan minyak sesak melintasi pokok-pokok kelabu. semut-semut juga dari pagi hingga malam mencari rezeki. anak-anak semut juga kelihatan menghabiskan kuih-kuih manis pemberian peluh ibu dan ayahnya. para hidupan lain yang menjadi mangsa kemajuan hutan itu juga turut berteduh di pinggir-pinggir sungai dan di bawah pokok bersalut warna emas juga warna kelabu. pertama kali aku menjejak kali ke tanah konkrit hutan itu, hati mula mendendangkan irama yang setiap manusia alami dan rasai. degupan jantung yang hampir meloloskan daging-daging bahagian dada tubuhku. 29 Disember 2009. aku juga turut ingin merasa menjadi salah seorang daripada jutaan keluarga hutan itu untuk aku lebih mengenal kehidupan baru dengan berbekal madu pemberian ibu sebagai alas perut aku selama enam bulan. dengan hanya menaiki badan ulat bulu yang panjang dan sesak, aku meredah hutan. tangan kanan sentiasa memegang erat beg daun yang aku beli di hutan borneo kepunyaan burung kenyalang kerana telinga aku sepertinya sentiasa melahap bunyi-bunyi ratusan harimau akannya mencari jalan untuk mengenalpasti mangsanya yang mempunyai banyak makanan. kadang-kadang aku cuba dan terpaksa mencantumkan bulu mataku untuk membaca berita kehidupan daripada kancil-kancil yang setiap pagi menabur pelbagai cerita baru untuk dikongsi semua warga hidupan hutan itu. (bersambung...)

0 comments:

Post a Comment