MARI BELAJAR BAHASA MELANAU

                          B. MELANAU                                                                   B. MELAYU
                         
                          keman                                                                                   makan
                          betijau                                                                                   belajar
                          tudui                                                                                      tidur
                          temuk                                                                                    mandi
                          anum                                                                                     air
                          sibal                                                                                      berjalan
                          kelalah                                                                                   malas
                          seluni                                                                                     tilam
                          luan                                                                                       bantal
                          bajau                                                                                     baju

PUNK!!!!


jangan amalkan gaya hidup PUNK!!!!hahaha.ni anak buah aku.saje2 nak iklan kejap.

konkrit kehidupan...

tahun 2010. dunia baru. pengalaman berkabus lebih dari kebiasaan. mata mula meliar melihat ibu negara Malaysia yang seakan-akan menyerupai hutan. pokok-pokoknya mencakar langit. daun-daun yang tidak pernah gugur berpetak-petak. jarang sekali ada cahaya kehijauan melilit keindahannya. disana sini binatang bersumberkan minyak sesak melintasi pokok-pokok kelabu. semut-semut juga dari pagi hingga malam mencari rezeki. anak-anak semut juga kelihatan menghabiskan kuih-kuih manis pemberian peluh ibu dan ayahnya. para hidupan lain yang menjadi mangsa kemajuan hutan itu juga turut berteduh di pinggir-pinggir sungai dan di bawah pokok bersalut warna emas juga warna kelabu. pertama kali aku menjejak kali ke tanah konkrit hutan itu, hati mula mendendangkan irama yang setiap manusia alami dan rasai. degupan jantung yang hampir meloloskan daging-daging bahagian dada tubuhku. 29 Disember 2009. aku juga turut ingin merasa menjadi salah seorang daripada jutaan keluarga hutan itu untuk aku lebih mengenal kehidupan baru dengan berbekal madu pemberian ibu sebagai alas perut aku selama enam bulan. dengan hanya menaiki badan ulat bulu yang panjang dan sesak, aku meredah hutan. tangan kanan sentiasa memegang erat beg daun yang aku beli di hutan borneo kepunyaan burung kenyalang kerana telinga aku sepertinya sentiasa melahap bunyi-bunyi ratusan harimau akannya mencari jalan untuk mengenalpasti mangsanya yang mempunyai banyak makanan. kadang-kadang aku cuba dan terpaksa mencantumkan bulu mataku untuk membaca berita kehidupan daripada kancil-kancil yang setiap pagi menabur pelbagai cerita baru untuk dikongsi semua warga hidupan hutan itu. (bersambung...)

JIN NOTTI ARAHAN AZAHARI MOHD. ZAIN

Wahhhh….lame tak tengok wayang..ari sabtu tuh aku gi tengok wayang ngan kawan aku…kami tgk Jin Notti sebab lecturer swuh tgk dan beri ulasan berkenaan dgn filem tuh. Aku ngan kawan aku terpaksa tgk pada pukul 5.10 petang sebab tak sempat nak tgk jam 1.55 petang…hahaha…bile dah masuk kat panggung tuh, tak sabar pulak nak tgk filem melayu nih sebab inilah kali pertama aku tgk filem melayu kat pawagam.hahaha…bile mula je filem ni, awal2 lagi dah ketawa sebab lucu dgr dialog fara fauzana…
Bagi saya filem ini berjaya kerana ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang tidak terdapat dalam kebanyakan filem melayu. Dari segi formalistiknya, filem ini mempunyai skrip dan jalan cerita yang kuat. INILAH FILEM MELAYU PERTAMA YANG MEMPUNYAI MESEJ YANG BERGUNA!!!!saya paling suka dengan mesej yang disampaikan oleh pengarah. Setiap kejadian dan peristiwa yang ditonjolkan mempunyai mesej dan pengajaran yang tersendiri walaupun banyak sindiran pedas yang dilemparkan kepada sesetengah pihak yang berkenaan…
Apabila saya melihat lokasi2 yang menjurus ke arah kejahatan, ketiga2 lokasi adalah sememangnya tempat kejahatan selalu berlaku dan kekalahan akan diutamakan kepada pihak yang benar atau baik. Bagi saya, pengarah berjaya menonjolkan dunia Malaysia pada masa sekarang dengan menggunakan watak jin di dalam filemnya. Budaya kita sekarang sudah di tahap kritikal. Budaya punk, kes rogol, gangsterisme adalah antara jenayah2 yang akan berpanjangan sekiranya kehakiman masih lagi memihak kepada kejahatan. Mahkamah bukan tempat untuk melepaskan yang buruk, tetapi mahkamah diwujudkan oleh Tuhan melalui otak manusia untuk berlaku keadilan dan menegakkan yang benar, bukannya menindas yang lemah. Sememangnya itulah tempat paling suci untuk para rakan syaitan…alangkah baiknya sekiranya semua hakim dan peguam di Malaysia ini seperti watak Fara Fauzana di dalam filem ini semasa dia menjadi peguam kepada aziz m. osman atau Razman dalam kes rogol itu. Saya pasti kejahatan akan tertindas dan kebenaran akan dapat dipandang oleh masyarakat agar mereka lebih gerun untuk melakukan kejahatan. Ini adalah antara idea cerita yang paling baik untuk dijadikan tauladan kepada pihak2 tertentu yang masih belum sedar tentang kemampuan diri untuk menegakkan kebenaran. Jangan hanya mengejar ilmu untuk mempertahankan nangka yang busuk, gunalah ilmu yang susah payah kita pelajari untuk kebaikan pada masa depan, pada Negara, dan juga untuk masyarakat. Bagi saya, alangkah bagus sekiranya filem ini mempamerkan gejala rasuah dalam kalangan peguam atau hakim kerana ia juga salah satu dosa besar yang membolehklan fara fauzana atau notti binti nesti mendapat 100 point.hahaha…

(ni sbnrnya aku tulis mase tahun 2009.hehehe)

POsteR oh postER....

Huhuhu…susahnya fikir idea utk design poster ni. Lepas je sahur, terus aku gi buat poster. Mata pun sakit dah ni sebab tak cukup tido.(sebab semalam nangis tgk cite Jepun sebenarnya…hehehe) apepun, walaupun sukar untuk menghasilkan sebuah poster, aku bersyukur sebab diberi peluang utk belajar adobe photoshop nih.(wpun dulu scr tak langsung). Gara-gara Festival DEKON MAKUM IPTA 2009 lah aku nih terus berkhidmat jadi pengarah promosi dan publisiti nih.hahaha…Tingkayu buat SIFU aku(MR. BOMB-jgn lupe tomyam ayam aku ek.huahuahua) sebab banyak tolong dan ajar aku guna and selami photoshop nih…(bangga sampai kembang idung!!) Cuma sekarang aku masih kurang dalam reka letak, penggunaan warna(warna pun dah ikot sifu punya style) dan idea(kdg-kdg idea tak cukup vitamin pun masuk). Asyik pakai warna gelap contohnya hitam untuk background(pengaruh besar dari sifu dalam penghasilan design…) dan aku sebenarnya paling pantang kalo buat design time orang ramai. Sebab time tulah idea takde masuk-masuk. Aku suke wat keje-keje design-design nih time lewat malam. Kalo sampai subuh pun aku tak kisah(wpun beberapa kali kepala terhantuk kat meja sebab ngantok) sebab time tulah idea merapu aku akan timbul dengan sendirinya tanpa payah diberi ‘rasuah’ supaya keluar.hahaha….apepun, gua tetap akan terokai lebih mendalam ilmu design nih dan yang penting bukak kedai design..wakaka(otak bisnes-mata duitan!!!!)

iTu bARu HERO!!!!(zint)

Dari pagi ke malam aku bekerja
Tangan dan otakku tak ubah macam mesin saja
Pernahkah kau terfikir pasal benda lain
Benarkah kau betul-betul ingin lakukan semua ini
Menjana hidup untuk bahagia
Mungkin menjadi semacam rutin
Gunakan semua kudrat yang ada
Semata-mata ingin berjaya
Bagi kita, kaya atau papa
Semua tu tiada ertinya
Bersaksikan manusia
Hancurkan segala harta
Tinggalkan hanya harapan
Hidup dalam alam realiti
Apa yang perlu adalah hanya
Bergantung kepada usaha sendiri
Untuk mencapai angan menjadi
Realiti bukan fantasi
Selama ini pun
Kita tidak memerlukan imaginasi
Mana dia Superman
Hanya wujud musuh yang cuba
Mengambil kesempatan
Kita tidak perlu semua
Demi cita-cita, kita banyak
Mengorbankan banyak benda
Demi hidup kita kena berusaha
Menghadapinya
Itu baru HERO!!!!
_ZINT_HERO_