JIN NOTTI ARAHAN AZAHARI MOHD. ZAIN

Wahhhh….lame tak tengok wayang..ari sabtu tuh aku gi tengok wayang ngan kawan aku…kami tgk Jin Notti sebab lecturer swuh tgk dan beri ulasan berkenaan dgn filem tuh. Aku ngan kawan aku terpaksa tgk pada pukul 5.10 petang sebab tak sempat nak tgk jam 1.55 petang…hahaha…bile dah masuk kat panggung tuh, tak sabar pulak nak tgk filem melayu nih sebab inilah kali pertama aku tgk filem melayu kat pawagam.hahaha…bile mula je filem ni, awal2 lagi dah ketawa sebab lucu dgr dialog fara fauzana…
Bagi saya filem ini berjaya kerana ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang tidak terdapat dalam kebanyakan filem melayu. Dari segi formalistiknya, filem ini mempunyai skrip dan jalan cerita yang kuat. INILAH FILEM MELAYU PERTAMA YANG MEMPUNYAI MESEJ YANG BERGUNA!!!!saya paling suka dengan mesej yang disampaikan oleh pengarah. Setiap kejadian dan peristiwa yang ditonjolkan mempunyai mesej dan pengajaran yang tersendiri walaupun banyak sindiran pedas yang dilemparkan kepada sesetengah pihak yang berkenaan…
Apabila saya melihat lokasi2 yang menjurus ke arah kejahatan, ketiga2 lokasi adalah sememangnya tempat kejahatan selalu berlaku dan kekalahan akan diutamakan kepada pihak yang benar atau baik. Bagi saya, pengarah berjaya menonjolkan dunia Malaysia pada masa sekarang dengan menggunakan watak jin di dalam filemnya. Budaya kita sekarang sudah di tahap kritikal. Budaya punk, kes rogol, gangsterisme adalah antara jenayah2 yang akan berpanjangan sekiranya kehakiman masih lagi memihak kepada kejahatan. Mahkamah bukan tempat untuk melepaskan yang buruk, tetapi mahkamah diwujudkan oleh Tuhan melalui otak manusia untuk berlaku keadilan dan menegakkan yang benar, bukannya menindas yang lemah. Sememangnya itulah tempat paling suci untuk para rakan syaitan…alangkah baiknya sekiranya semua hakim dan peguam di Malaysia ini seperti watak Fara Fauzana di dalam filem ini semasa dia menjadi peguam kepada aziz m. osman atau Razman dalam kes rogol itu. Saya pasti kejahatan akan tertindas dan kebenaran akan dapat dipandang oleh masyarakat agar mereka lebih gerun untuk melakukan kejahatan. Ini adalah antara idea cerita yang paling baik untuk dijadikan tauladan kepada pihak2 tertentu yang masih belum sedar tentang kemampuan diri untuk menegakkan kebenaran. Jangan hanya mengejar ilmu untuk mempertahankan nangka yang busuk, gunalah ilmu yang susah payah kita pelajari untuk kebaikan pada masa depan, pada Negara, dan juga untuk masyarakat. Bagi saya, alangkah bagus sekiranya filem ini mempamerkan gejala rasuah dalam kalangan peguam atau hakim kerana ia juga salah satu dosa besar yang membolehklan fara fauzana atau notti binti nesti mendapat 100 point.hahaha…

(ni sbnrnya aku tulis mase tahun 2009.hehehe)

0 comments:

Post a Comment